RAIH PAHALA BERGANDA DI BULAN RAMADHAN 2024
Bersama Kejar Pahala Bulan Ramadhan Dengan Taja Kebajikan Ramadan & Pembangunan Anak-Anak Madrasah Darul Ulum Al-Muhsinin
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah dibulan Ramadan.
Perkara ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ketahuilah, ganjaran bagi mereka yang membantu menyediakan juadah berbuka puasa ini amat istimewa.
Lagi-lagi jika makanan tersebut dihidangkan kepada anak-anak tahfiz yang sedang berjuang dalam mengembangkan agama dengan mengkhatam dan menghafal Al-Quran 30 Juz’.
Mari bantu anak-anak tahfiz disini menghidupkan Ramadan tahun ini dengan penuh semangat.
![]()
Walaupun bangunan ini kelihatan hampir siap, masih banyak lagi kerja-kerja luaran dan dalaman yang perlu dibuat.
Dengan kos harga bahan binaan dan upah kontraktor yang semakin tinggi, kami memerlukan pertolongan Tuan Puan hari ini untuk memastikan bangunan tahfiz ini dapat disiapkan dengan kadar segera.
Berkat bantuan Tuan Puan, kami dapat memberikan keselesaan berpanjangan kepada anak-anak tahfiz di masa akan datang.
![]()
Kerja-kerja berat diberhentikan seketika sepanjang Ramadan berlangsung & hanya
Kerja-kerja menyiapkan bahagian dalaman seperti plaster ceiling di tingkat 1 & 2 sedang giat berjalan
Masih belum terlambat untuk kita rebut ganjaran pahala yang datang 1 tahun sekali ini. Semoga dengan amalan ini dapat membantu kita pada akhirat kelak
Sudilah Tuan Puan bersama kami raih ganjaran pahala Ramadan yang luar biasa pada hari-hari Ramadan 2024. Peluang keemasan yang hanya hadir sekali dalam setahun. Ayuh, mula bantu kami dengan menaja juadah iftar, sahur & moreh sepanjang Ramadan yang berbaki atau boleh salurkan juga sumbangan untuk dana pembangunan Madrasah Darul Ulum Al-Muhsinin Wannashirin.
Sumbangan dan Keprihatinan semua amat bermakna untuk Madrasah Darul Ulum Al-Muhsinin Wannashirin dan keseluruhan warganya. Pihak kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua, semoga sumbangan ini dikira sebagai amal jariah yang mana pahala akan berterusan mengalir hingga ke akhirat kelak InsyaAllah.
Besar pahala Tuan Puan semua. Diaminkan oleh para malaikat
Setiap manfaat yang telah tersalurkn kepada anak-anak ini dan madrasah akan kembali kepada tuan puan (pemberi) pada hari akhirat kelak, mempertahankan dan melindungi tuan pun dari sekaan dosa inshaAllah.
Dengan sumbangan tuan puan ini juga dapat menggembirkan seseorang
Disamping dapat membawa IBU AYAH dan KELUARGA ke MAQAM KEBERKATAN yang terpuji. Amin Ya Rabb
NOTA PENTING: AKAD SUMBANGAN
Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad seperti di bawah:
"Saya dengan ini membuat sumbangan ikhlas sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama siapa)
kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Madrasah Darul Ulum Al-Muhsinin”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : MADRASAH DARUL ULUM AL-MUHSININ WANNASHIRIN
No akaun : 563064160704
Sila letakkan reference “infaqramadhan”
Maklumat tambahan :
Charge perkhidmatan RM1 dikenakan oleh pihak Billplz sebagai cas pembayaran
Alamat Madrasah:
Surau Lama Kampung Padang Nenas, 21030 Kuala Nerus, Terengganu
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 601135419001